Tuesday, July 21, 2009

NIE INFO KALAU HAMPA NAK TAU

PENYUSUAN SUSU IBU


Tidak cukup susu

Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau mencampurkannya dengan susu botol adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :

* Ibu tidak bg bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.

* Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.

* Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.

* Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal. (sebelum capai 6 bln)

* Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.

* Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.

* Ibu mengalami tekanan emosi.



PENYUSUAN SUSU BAGI IBU YANG BERKERJA Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu:Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja. Ia boleh dilakukan pada bila-bila saja.Selepas menyusu, perah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.Boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika breast terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh keluar.Melalui latihan, kita dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.Sgtlah penting untuk memerah di tempat kerja setiap 3 - 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya. Selepas berlatih selama dua minggu, kemungkinan hasil perahan sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 - 90ml sebotol. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.

Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan. Jika baby minum 3oz. sekali minum, simpan 3oz. juga dlm bekas. Ini utk elakan susu basi dan pembaziran susu.
* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas dgn tarikh, nama baby n masa sebelum simpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
* Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!·Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam·Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)·Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan.Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi.
* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 4 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula. (Sayangnye bila tgk susu xhabis dibuang..huhuhu)

nie nak bagi hampa tau..

Jenis-Jenis Susu Ibu *

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).Apa pulak foremilk...hindmilk nih?
Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.
Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.
Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.
Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.
Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.
Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasaHindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu

· Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
· Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
· Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

Monday, July 20, 2009

bekerja bukan alasan tau..




“TAK cukup masa dan melecehkan,” itu antara alasan yang selalu diberikan oleh ibu- ibu bekerja ketika ditanya mengapa tidak memberi penyusuan badan kepada bayi mereka.
Bukan tidak cukup pengetahuan, siapa jua tidak menafikan kebaikan susu ibu yang tidak ternilai ini. Namun begitu, tuntutan kerja membuatkan kebanyakan ibu mengambil keputusan bertukar kepada susu formula.
“Bekerja bukan masalah untuk meneruskan penyusuan badan. Berapa ramai ibu yang bekerja telah berjaya menyusukan anak mereka, malah ada antaranya bekerja dalam sektor yang lasak namun tidak mempunyai masalah untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif,” kata Ketua Jururawat dan Kaunselor Penyusuan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Marjinah Badli.
Menurutnya, tuntutan kerja bukanlah penghalang untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan selepas habis berpantang asalkan mereka mempunyai niat dan keinginan yang tinggi.
Kemudahan yang ada ketika ini katanya, amat berkesan untuk membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan biar pun mereka terpaksa berjauhan dengan bayi untuk beberapa ketika.
Katanya, masalah seperti susu tidak mencukupi, sukar melakukan penyimpanan dan pelbagai lagi boleh diatasi sekiranya ibu memperoleh pengetahuan yang sewajarnya.
“Perlu diingat, pengeluaran susu ibu adalah mengikut permintaan. Apabila tinggi permintaan, maka pengeluaran juga akan banyak.
“Sekiranya dari awal lagi kita memilih untuk memberi susu formula kepada bayi, maka badan telah memberi isyarat bahawa permintaan susu rendah lalu pengeluarannya pun menjadi berkurangan,” kata Marjinah yang telah terlibat dengan aktiviti penyusuan melebihi 20 tahun.
Bagi ibu-ibu yang bekerja, beliau menasihatkan mula melakukan penyimpanan stok susu dalam masa dua atau tiga minggu sebelum kembali bertugas. Ketika ini juga katanya, ibu perlu melatih bayi mereka menerima penyusuan bukan daripada payudara untuk membiasakan keadaan apabila ibu mula bekerja kelak.
Namun, penyusuan ini harus diberi oleh orang lain (bukan ibu) kerana ingatan dan sensitiviti bayi sangat tinggi terhadap ibu mereka.
“Kalau ibu yang berikan, memanglah bayi tak akan minum,” jelas beliau.
Proses mengepam susu harus dilakukan oleh ibu bagi menyediakan stok sepanjang ketiadaan mereka kelak. Untuk permulaan kata Marjinah, jika ibu berjaya mengumpul tiga botol kecil susu sudah mencukupi.
Aktiviti mengepam perlu diteruskan oleh ibu sepanjang waktu bekerja bagi menghalang proses pengurangan susu. Ketika ini, pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi mampu menjayakan hasrat ibu untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif.
“Sediakan peralatan yang mencukupi seperti alat mengepam susu, botol penyimpan, beg penyejuk (cooler) dan pek ais beku,” katanya.
Menurut Marjinah, Pusrawi sangat menggalakkan ibu-ibu yang melahirkan bayi untuk memberi penyusuan anak secara eksklusif. Sekitar 60 peratus ibu yang memilih untuk bersalin di pusat rawatan itu katanya, berjaya melakukan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun. Malah kakitangan Pusrawi juga digalakkan memberi penyusuan badan di mana bilik khas untuk mengepam susu turut disediakan.

Mengapa susu ibu?


“Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolostrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam masa satu jam pertama selepas dilahirkan,” kata Marjinah.
Malah dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, “Para ibu hendaklah menyusukan anak- anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu turut menggalakkan semua ibu menyusukan anak dengan susu ibu selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Menurut Marjinah, susu ibu adalah makanan istimewa yang menjadi penyambung silaturahim antara bayi dan ibu, membuatkan bayi berasa selamat dalam dakapan ibu dan mengesahkan bahawa itulah ibu yang melahirkannya.
“Pertama kali menyentuh puting payudara, mulut bayi akan menolak ke kanan ke kiri lalu meluahkan semula. Tapi ibu jangan berputus asa, teruskan memberi penyusuan dan selepas itu bayi akan menerima, ketika itulah kasih sayang antara ibu dan bayi terjalin,” katanya.
Keistimewaan susu ibu, kata Marjinah memanglah tidak ternilai. Ia jauh lebih baik dan selamat berbanding susu formula yang boleh mengundang pelbagai masalah kepada bayi. Pelbagai khasiat yang diperlukan oleh bayi sepanjang tumbesaran terdapat dalam susu ibu. Menurut penyelidikan yang dijalankan, anak-anak yang diberi susu ibu secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat.
Berbanding susu formula yang penyediaannya merumitkan, susu ibu sedia diberi tidak kira masa memandangkan suhunya yang terkawal dan kebersihannya yang terjamin.
Selain manfaat kesihatan untuk bayi, penyusuan badan juga berupaya mengecutkan rahim ibu sekali gus membantu mereka menguruskan badan dengan berkesan.
Dari segi ekonomi pula kata Marjinah, dalam keadaan semasa yang memaksa kebanyakan keperluan harian meningkat, harga susu formula yang terdapat di pasaran juga turut melambung.
“Bayangkan satu tin susu formula dengan berat satu kilogram berharga sekitar RM50. Setiap bulan sekurang-kurangnya empat tin diperlukan, itu sekiranya mempunyai seorang bayi, bagaimana jika lebih?” soal beliau.
Bagi ibu bekerja yang ingin menyusukan anak mereka, Marjinah menasihatkan agar pertama sekali memasang niat yang betul dan perlu yakin dengan kemampuan diri.
“Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini dan perlu jaga pemakanan. Sekarang ini bukan lagi zaman ibu berpantang makan ikan masin salai dengan nasi bersama lada hitam. Ibu perlu pemakanan seimbang untuk menyusukan bayi,” katanya.

ini hadiah dari mama utk sayg...


semalam percubaan kali kedua tidak berjaya.percubaan pertama aku beri susu formula bebelac,kesannya babyku muntah-muntah banyak sangat .babyku muntah beberapa kali,yg paling aku sedih bila baby ku muntah hinggakan muntah tu melambung habis muka dan badan dia...bila perut dan kosong baru stop muntah tu, semalam aku melakukan percubaan kali kedua dgn beri bayiku susu dumex,sangkaan ku kalinie berjaya,rupanya setelah sejam baby ku mula muntah2....sayang..maafkan mama....aku tak sanggup lagi tuk lihat bayiku dalam keadaan macam nie.aku mula bertekad dalam diri aku,aku akan teruskan jugak pemberian susu badan ,itulah susu yg sesuai dan terbaik utk baby ku alya.walaupun aku bekerja aku masih lagi mampu beri susu yg cukup utk baby ku,langkah pertama aku mula mengambil makanan yg memperbanyakkan susu ,disamping sayur dan susu,aku jugak mula amalkan makan kurma..di samping berdoa semoga susuku tetap banyak..murah rezki anak mama..alhamdulillah...arinie aku sediakan 6 botol susu...bila masa free jer,aku sure gunakan peluang nie perah susu..makin kerap aku pam susu makin banyak susu..sebelum nie pam yg aku gunakan jenis manual,atas keperihatinan suami,suamiku belikan aku pam jenis elektrik,thanks sayang..dgn sokongan dan bantuan suamiku,sampai kesaat nie aku masih dapat menyediakan susu yg cukup utk babyku..abg..terima kasih banyak2..anak mama alya..semoga anak mama berjaya dunia dan akhirat..amin...inilah hadiah istimewa dari mama..

nah sayang ..sedap nie..


SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI


KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.
Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.
Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa
Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.
Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.
Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

PILIH SUSU LA....ERM...




Sebaiknya pemberian susu badan diteruskan sehingga 12 bulan dan selepas tempoh ini, barulah anda boleh memikirkan susu alternatif untuk bayiMEMILIH susu formula untuk bayi kadangkala memeningkan kerana tidak tahu jenis mana yang baik dan sesuai dengan si kecil. Setiap jenama dan jenis susu formula mempunyai kelebihan masing-masing direka khusus bagi memenuhi pelbagai keperluan bayi.Pemilihan susu formula perlulah dibuat berlandaskan kesihatan bayi, umur, keperluan pemakanan dan harga.

Secara amnya susu formula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu yang berasaskan susu (lembu) atau soya.Kebanyakan susu formula adalah dalam kategori pertama dan harganya jauh lebih murah berbanding susu formula berasaskan soya.

Susu formula berasaskan susu lembu diubahsuai sebaik mungkin untuk menyamai khasiat susu ibu.Dalam proses ini kandungan karbohidrat, protein dan lemak akan diubahsuai mengikut peringkat umur sasaran selain diperkaya dengan vitamin dan mineral.

Malah, ada juga susu yang direka khas untuk bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan).

Jenis kedua ialah susu berasaskan soya yang juga mengalami proses pengubahsuaian dan ditambah vitamin serta mineral. Ia tidak mengandungi susu tetapi mempunyai khasiat yang setanding dengan susu formula biasa. Biasanya susu formula jenis ini hanya disarankan untuk bayi yang mengalami masalah penghadaman (pencernaan) atau alahan terhadap protein susu lembu. Kelebihannya, ia mudah dihadamkan.

Tiada kaedah khusus yang boleh digunakan untuk menentukan kesesuaian susu bagi bayi anda. Langkah pertama ialah memberikan anak minum susu berasaskan susu lembu. Jika dia tidak menunjukkan gejala alahan, bermakna susu berkenaan sesuai untuknya.

Namun, jika anak anda mengalami masalah pencernaan atau alahan susu lembu (seperti cirit birit atau muntah setiap kali diberikan susu formula berasaskan susu lembu), segeralah berbincang dengan doktor bagi memilih jenis susu yang sesuai untuk si kecil.

Teknologi pembangunan susu formula sangat memberangsangkan. Pengusaha berlumba meningkatkan nilai untuk memberi lebih manfaat kepada bayi dengan menambah pelbagai bahan yang terdapat dalam susu ibu seperti asid dokoheksanoik (DHA) dan arakidonik (ARA) khusus bagi membantu perkembangan otak dan mata.

Selain mementingkan perkembangan otak, rumusan susu formula baru memberi penekanan terhadap kesihatan sistem pencernaan bayi. Rumusan ini mengandungi immunofortis iaitu campuran oligosakarida yang bertindak sebagai makanan kepada bakteria baik dalam usus bayi.

Antara matlamat kepada pembangunan susu bayi dengan rumusan immunofortis ialah untuk:

- Meningkatkan perkembangan sistem imun (mengurangkan risiko jangkitan dan alahan)- Merangsang perkembangan otak, visual dan kognitif

- Mengurangkan ketidakselesaan sistem penghadaman seperti sembelit, cirit birit, muntah, sakit perut, jeluak (muak).
Menurut Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Pemakanan Bayi, Royal Numico Asia Pasifik, Dr Jacques G Bindels, oligosakarida ialah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan. Ia akan merangsang peningkatan bilangan dan aktiviti bakteria bifido dalam usus.“Penambahan koloni bakteria bifido ini terbukti memberi kesan positif dan mampu meningkatkan daya tahan bayi terhadap sebarang jangkitan yang berlaku dalam usus. Kesihatan usus yang baik mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan sistem imun bayi kerana dua per tiga (60 hingga 70 peratus) daripada sistem pertahanan badan terdapat di dalam usus.

”Selain itu kajian ke atas tikus mendapati pemberian immunofortis mampu meningkatkan tindak balas terhadap vaksin dan mengurangkan reaksi alahan,” katanya ketika pelancaran susu formula Mamil Gold anjuran Numico Dumex Malaysia.Berdasarkan 12 kajian bebas ke atas 1,600 kanak-kanak kecil menunjukkan immunofortis mampu melembutkan najis dan mengurangkan 50 peratus risiko jangkitan saluran pernafasan dan cirit birit di kalangan kanak-kanak berumur kurang dua tahun berbanding bayi yang diberikan susu formula biasa.Sehubungan itu, pengambilan antibiotik bagi meningkatkan ketahanan bayi terhadap jangkitan bakteria juga dapat dikurangkan sehingga 75 peratus. Ini adalah perkembangan yang sangat baik kerana pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh membawa kepada pembentukan jenis bakteria yang lebih berdaya tahan terhadap antibiotik.
Apapun, susuibu yang terbaik kan? Jika dah dapat beri selama 12 bulan marilah diteruskan sampai berumur dua tahun,lagi bagus untuk perkembangan otak anak dan sisitem imun nya.

Sunday, July 12, 2009

Bosannyo....




aha...aku keboringan la arinie,keje tak banyak sebab ari ahadkan thailad cuti ,so dari pagi lagi keje dah siap. aku pun apa lagi mula angkat jari mengexplore blogger nie,dah lama dah nak buat tapi aku sibuk la kan so arinie gedebuk gedebam maka lahirlah blog mama alya walaupun tak complete lagi..aku pakai main buat ja blog nie bukan tau apa pun hehehehe....tapi...tak kisah la kan ...setidaknyer aku berjaya buka blog sendiri...

lambatnya kul 6...

tak sabaq nak balik tengok anak kat umah nie....oklah sambung citer lagi..dalam dok mengupdate blog aku nie sempat lagi petang2 nie pekena nescafe secawan gan kuih karipap 2 bijik...hilang mengantok lah kan..mata aku yg kelabu asap tadi pun dah clean n clear dah.la nie aku nak sambung balik lah keje aku..